Sejarah awal Dungun

Menurut Mubin Sheppara dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society Vol.XXII Part.3 pada pertengahan abad ke 14 Masehi, Dungun yang telah wujud pun bersama-sama Terengganu menjadi jajahan takluk kepada Kerajaan Majapahit:-

Daftar ini, yang ditulis pada tahun 1365 dalam Negarakretagama termasuk bukan hanya nama Terengganu tetapi juga Paka dan Dungun, dua sungai di selatan negeri yang pada masa kini hanyalah sebesar perkampungan nelayan

Sejarah awal pemerintahan Dungun kabur, namun begitu dipercayai telah ada pembesar Daerah (kalangan kerabat diraja Terengganu) menguasai kawasan Dungun. Ini berdasarkan kepada campurtangan Tengku Wook Dungun dalam pergolakan antara Tengku Omar dan Tengku Mansur untuk menguasai takhta Kerajaan Terengganu.

Campur tangan ini tidak berhenti setakat ini saja malah berlarutan hingga kepada anakanda Sultan Mansur II iaitu Sultan Muhamad I (1837 - 1839 Masehi) yang meminta bantuan dari Tengku Hitam Dungun memerangi Sultan Omar untuk merampas balik takhta kerajaan.[perlu rujukan]

Latar belakang

Penemuan bijih besi, Daerah Dungun merupakan Daerah termaju di Negeri Terengganu ketika itu, malah ianya terkenal di kalangan Negara-Negara luar khususnya negara pengimpot besi seperti Jepun, Korea dan sebagainya.

Penutupan Lombong Biji Besi Dungun menjadi malap. Pada tahun 1973 KETENGAH diperbadankan dimana aktiviti utamanya tertumpu kepada penempatan semula dan industri Pertanian (kelapa sawit). Manakala pada awal tahun 1994 Daerah Dungun mula menerima limpahan pembangunan industri dari Daerah Kemaman dengan pembukaan Gas Prosessing Plant (GPP) 5 dan 6 di Kawasan Tok Arun, Mukim Kuala Paka oleh PETRONAS dan Janakuasa letrik di Paka.

Dijangka Dungun akan terus berkembang maju dalam bidang industri berasaskan gas dan petrolium. Dalam masa yang sama faktor-faktor lain seperti pendidikan, agama, pertanian , perikanan, kesihatan dan pelancongan juga akan diberi keutamaan sesuai dengan dasar.

Peta Dungun mengikut Mukim dan keluasannya